Salam sejahtera ke atas rakan-rakan sekalian, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, kekasih allah yang bercahaya wajahnya, para sahabat dan tabi' dan tabiin serta seluruh umat Islam.
Dikesempatan yang ada ini. sempat buat cerpen pendek.
PERTAMA DAN TERAKHIR
Dari sayangku Izzah...
Alhamdulillah....hari ini hari wukuf di Arafah. Kebetulan hari sabtu. boleh la puasa. Kan hari ini sunat berpuasa Hari Arafah.
Jam hampir menunjukkan tengahari. Rakan serumahku akan pulang ke kampungnya dalam jam 11 mungkin. Entah. Tak pasti. Aku??? tidak...beraya di asramaku sahaja.
Kenapa? perjalanan ke rumahku mengambil masa hampir 12 jam.Macam dekat je kalau jarak negeri Kedah dan Perak kan? Tapi naik kereta api,bas lagi lepas tu naik kereta pulak masuk sampai ke rumah. Tu pun kalau insya allah ada rezeki. Kalau tak, mungkin dengan motosikal je. Kalau tiada rezeki, mungkin jalan kaki yang memakan masa lebih dari 1 jam.
Tidak mengapa. Mungkin Allah dah tetapkan rezeki ku disini.
Tiba-tiba, radio IKIM.FM yang aku pasang ini memutarkan lagu BALIK KAMPUNG nyanyian allahyarham Sudirman. Baru terasa macam berada betul-betul di perantauan. Padahal bunyi dekat je.Tapi jauh perjalanan tu sebenarnya. Kadang-kadang DJ tersebut membacakan kiriman SMS (sistem pesanan ringkas) yang sememangnya ditujukan khas kepada suami tersayang la...family tersayang la...anak-anak la... Nak je aku antar satu sms tujukan buat emak dan family dan anak-anak. Eh! belum nikah lagi tau. Anak-anak buah.....
Perasaan berkobar-kobar untuk pulang masih lagi boleh dikawal. Nak tau kenapa?
Dulu selalu terlihat dalam surat khabar pasal salam perantauan. Laman khusus untuk orang merantau menghantar gambar dan tujukan salam Aidil Fitri pada kampung halaman. Seperti aku ni. dulu pernah bercita-cita ingin merasai pengalaman beraya di tempat orang. Mungkin dengan situasi sekarang bukan di rumah sendiri.
Pada mulanya, aku ingin beraya di rumah kawan. tapi...bila aku beritahu emak ku seorang itu. macam berat aje mulutnya mengizinkan. ye... mungkin dia izin tapi hati aku pun berat sangat. seolah-olah ada batu belah batu bertangkup je kat dalam hati ni. padahal hati ni dah tinggal separuh je. Maklumlah dah terbagi pada seseorang.Tak ada la.gurau je...hehehe.
lepas tu....fikir punya fikir. selepas menimbangkan berapa kilo batu yang berada di dalam hati ini. ternyata beratnya tertumpu kepada "tak payah pergi la kot. kerja pun banyak yang tak setel lagi. nanti naik cuti kering airmata dibuatnya kalau semua laporan belum siap". pendek cerita duduk aje kat asrama yang tercinta ini.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sememangnya aku berniat untuk sama-sama berjemaah pada solat maghrib. Tapi tidak pun terfikir mengenai takbir raya. Cuma sekadar untuk solat berjemaah. Kebetulan pada sebelah petang terlihat muslimin membentangkan tikar. Kebetulan juga telinga ini mendengar seseorang memanggil namaku.
Dia bertanya "tak balik kampung ke?"
"Tak". Ringkas aku menjawab sambil menggelengkan kepala.
"Kenapa tak balik?"
"Jauh....." ujarku lagi.
"Nanti kalau takut pergi la tidur kat rumah, ada bilik untuk anak dara. Boleh la hang tidur". Ha kan dah keluar slanga Utara tu.hehehe
"Eh!xpela.segan la.hehehehe....". Sengihku lagi. Insyaallah, semoga aku terpelihara.Lagipun ramai lagi yang masih berada di kawasan kolej ini.
Pada masa yang sama, aku bertanya sama ada dia mahu ke masjid esok hari atau x.sekurangnya dapat la aku berteman ke sana.Khuatir juga kalu terpaksa berjalan kaki.terpaksa mengharungi rumah-rumah yang memang ada anjing.buatnya dikejar....hemmmm mana nak lari dengan baju kurung segala.(detik hatiku)
Tapi dia suruh tanya pada suaminya. hemmm... ternyata boleh juga ikut (Alhamdulillah)
mata ini terpandang kepada muslimin yang sedang membentangkan tikar. kebetulan jam menunjukkan hampir jam 7 petang. "baik aku naik. nanti get ready jemaah"
sementara masa masih lagi ada. gunakan kesempatan tersebut lalu aku melayur tudung. kuning air gitu. baru beli. bau kedai lagi.hehehe....
tudung kusarungkan ke kepala. tampak menawan sekali. sesekali puji diri sendiri. tak salahkan.sape lagi nak puji...Ini la akibatnya kalau tidak pernah memakai tudung bewarna kuning. macam diraja gitu... "Class mak...."
Lantas ku ambil tafsir Al-quran, telefon dan dompet ku masukkan ke dalam beg jins Sarawak ku. (setia bersamaku hampir 10 tahun). turun ke bawah...
'Allhamdulillah...ada muslimat juga.ramai. rasanya ni mesti geng diorang tu.' tepat jangkaanku. mereka ada latihan nanti. Bila?? 7 Nov. berkorban juga tu...
solat maghrib berjemaah. terasa tenang dihati. lama tak turun berjemaah. xdela lama sangat. tapi keseronokan berjemaah tu sangat terasa. kesunyian yang melanda disamping alunan bacaan ayat suci Al-quran menenangkan jiwa. mencergaskan rohani dan jasmani. kebetulan ramai yang dah pulang ke kampung menyebabkan lagi bertambah sunyi. sepi je belum.
seusai jemaah solat maghrib. aku sedar jiran 'sebelahku' ini sebenarnya bukan mengidap selesema. tetapi mungkin dia sedang menahan tangis. mungkin pertama kali tidak pulang ke kampung. tapi aku pun pertama kali juga. xpela mungkin ada pilu di hatinya.
allah.....hu akbar allah....hu akbar allah...hu akbar...
la...ila...ha illalah...hu wallah hu akbar...
allah...hu akbar wa lilallah...hilhamd..
terasa bersirap darahku. kalu ditoreh seolah tidak berdarah. inikah perasaan orang yang tidak pulang ke kampung. selama ini aku hanya mendengar alunan takbir dari televisyen sahaja. dan mulutku pun terkumat kamit mengikut alunan tersebut. tapi tidak untuk kali ini. aku sememangnya berada di alam nyata.
aku bersama mengalunkan takbir tersebut. buat pertama kali dan mungkin terakhir kalinya hariku sebak. belum pernah aku merasakan perasaan pilu sebegini. bukan teringat kepada kampung halaman. bukan kerja yang sedang menstresskan diriku. bukan juga sedih semua orang dah balik.tapi...kurenungkan seketika. mungkin inilah perasaan orang yang sedang menunaikan haji atau orang yang melawat "RUMAHMU". Ya Allah... aku terasa betapa diriku kerdil disebalik kalimat takbirMu. terasa sayu di hati...
baru ku terasa sebenarnya...aku suatu hari nanti akan sendiri mengadapmu. sendiri melalui liku-liku meniti titian siratmu. sendiri dalam mengharungi alam barzakhmu. disitu kelak...entah apa yang akan kuhadapi.
aku merindui rumahmu...Ya Allah...bilakah masanya Kau akan menjemputku bertandang ke rumah mu yang indah itu?
mungkin selama ini aku melihat melalui kaca televisyen, mimpi-mimpi ku ini bila agaknya akan menjadi nyata?
insya allah...aku berharap dan akan berusaha dan terus mengharap...
cita-citaku tercapai. aku telah merasai perasaan bertakbir dan buat pertama dan terakhir kalinya...aku berjemaah ketika melaungkan takbirmu. duhai hati...Indahnya Islam itu...manisnya iman itu...tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata
Terima kasih Rabbul jalil...kerana memilihku merasai perasaan sebegini dan menunaikan keinginanku...
Terima kasih Ya allah...tuhan semesta alam. tiada tuhan yagn disembah melainkan engkau...yang mengetahui segala bicara hatiku. sedangkan aku...insan kerdil sahaja.
++++++++++++++++++++++++++
setelah itu kami berjemaah lagi menunaikan solat sunat hajat. di dalam hajatku...semoga aku dapat berjumpa atau dapat melihat keadaan ayahku disana.mampukah aku wahai Tuhan?kupanjatkan tasbihku untuk ayahku disana. semoga dia dalam kalangan orang soleh. menikmati syurgamu.kasihan dia...Ya Allah...
dikesempatan yang ada aku membaca al-quran sementara imam mungkin merangkap senior atau ketua bagi kadet2 tentera berceloteh mengenai taklimat latihan yang akan mereka lalui nanti.
sementara menunggu isyak. imam tu juga memberikan sedikit tazkirah berkaitan dengan hari arafah, haji dan daging korban
"daging korban tidak boleh dimakan atau disedekahkan kepada orang bukan Islam. kerana sekiranya berlaku sedemikian tidak dikira berkorban". imam tersebut memberitahu. ilmu baruku pada malam penuh barakah ini.
dalam hati aku terdetik. aku akan menyuruh abyku menjelaskan berkenaan hal ini.ilmu baru yang kebiasaannya lelaki lebih mengetahui. sekiranya dia tidak tahu. akan ku kerah dia untuk bertanya pada ustaznya.
"selepas solat isya', insya allah kita akan membuat solat sunat tasbih". seterusnya dia menerangkan cara-cara untuk melakukan solat sunat tersebut.
yang ini insya allah aku faham. mungkin ini bukan pertama kali bersolat tasbih tetapi pertama kali aku melakukan solat sunat tasbih berjemaah dan mungkinkah ini kali terakhir?. semoga aku akan terus istiqamah dalam menunaikan amanahku terhadapmu Ya Allah...
isya' diimamkan oleh ketua asrama di sini. memang sedap alunan bacaannya. tersentuh hatiku. aku teringat kanak-kanak yang kecil baru berumur kurang dari 5 tahun mengimamkan solat di dalam youtube. syahdu...sunyi...seolah malaikat rahmat lalu dan sedang menaungi kami.
setelah selesai, imam mengalunkan takbir...kali ini. dengan lunak suaranya...menjadikan jiwaku bertambah runtun. kali ini aku mengingat terlalu banyak salah dan silapku pada emak ku. pada kakakku.pada semua yang mengenali diriku. tapi iman ku tipis. setipis kulit bawang yang tidak jelas kelihatannya...
dalam doaku...semoga aku menjadi tetamu mu disana kelak...dipermudahkan urusanku...dunia dan akhirat...amin...
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah. Akhirnya dapat juga aku merasai bagaimana perasaan beraya di tempat yang bukannya bernama "rumah" atau "kampung halaman" mungkin buat pertama dan terakhir kalinya. Walaupun hakikatnya aku bukanlah belajar di luar negara tetapi pernah bercita-cita untuk merasai pengalaman sebegini. tapi....tiada kalimah Selamat hari raya aidil adha kuterima....dari orang yang ku nanti.tidak mengapalah....bukan rezeki ku mungkin.
+++++TAMAT+++++
salam ukhuah untuk semua...selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat emak tersayang,kakak-kakak dan abangku,serta ipar-iparku, anak-anak buahku yang sentiasa nakal dan cerdas. semoga allah mengurniakan hidayah islam iman dan ehsan bagi kalian. dikesempatan ini inginku ucapkan selamat berpisah buat sementara waktu. indahnya islam tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata...semoga ruh ayahku dicucri rahmat dan berada dalam kalangan orang-orang yang soleh...amin...