Yang aku dambakan...
cinta dari seseorang yang mencintaimu,
kasih dari seseorang yang sangat mengasihimu,
yang sentiasa sujud terhadapmu.
Semalam...
mengajarku erti dosa dan pahala,
menitipkan kasih pada sesuatu yang tidak pasti,
mana mungkin aku mengulanginya semula.
Yang aku dambakan...
Indahnya percintaan itu,
mengimpikan sesuatu yang dijanjikan,
meniti dari bibir ke bibir,
keindahannya amatku impikan,
tidak terjangkau di akalku,
memaku sukmaku.
Yang aku dambakan...
mekarnya mawar dalam lindungan,
yang berduri tapi tidak melukakan,
yang mengharumkan seantero,
taman-taman syurga dalam hati seorang panglima,
mencintaiku sepenuh hati,
memberi khidmatku tatkala terpatrinya janji,
berjihad memimpinku dan panglima-panglimanya nanti.
Bidadari itu...
Adakah aku????
yang mencemburui kekasihnya disakiti dunia,
betapa aku cemburu bidadari itu,
kecantikannya...
solehahnya...
Ya Allah....
Andai ku tahu terlebih dahulu,
Ampunkan aku...
Hanya taubatmu ku pinta
Moga beroleh syurga duniawi
seiring ukhrawi....
Yang aku dambakan...
Duhai panglima Islamku...
Curahkanlah kasihmu pada Kekasih kita
Ku berharap
Muhabbah cinta Allah memayungi syurga cinta kita
dicampakkan cintaNya di syurgawi itu
Semoga lembayung rahmat melimpahi
Taman syurga...
Aku ingin Bidadari itu
Cemburu padaku
Kerana itu yang aku dambakan
Maafkan aku....
Bersabarlah duhai hati,
Sesungguhnya Syaitan itu akan sentiasa menyesatkan,
menghanyutkan manusia hingga hari pembalasan.
semoga taubatku itu
diterima Allah
Amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan