Sabtu, 17 Disember 2011

Law Kaana Bainana Seandainya Engkau Berada Disisi

Seandainya kau berada di sisi, wahai Kekasih.

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


(Kredit untuk Asyraff Hafdzan Abdullah atas terjemahan di atas.
terima kasih)

Keharuman namanya bak air yang mengalir
Mendengar seruannya
Menggetarkan seluruh tubuh
Terasa bagai terpisahnya jasad dan ruh
Terasa jiwa melayang-layang
Terasa mata kabur bak runtuhnya empangan Maarib
Inikan berdekatan dengannya...
Tidak kubayangkan dengan akal fikiran
Mahupun mimpi yang bertandang
Yang tidak cakna pada sirna yang dilambaikan
Syahdunya...
Ya Allah....

Kedatangannya mengagumnya Abdul Muttalib
Pengkhabarannya sungguh memeningkan
Dia dinantikan oleh semua ummat
Dengan petanda aneh
Mengagumkan...
Telah diberitakan akan perihal nabi dari tulang sulbimu Ya sayyidu Makkah!
Telah diilhamkan kepada Abdullah
Anak yang paling disayangi
Menjadi korban nazarmu
Quraisyh menahannya, menangisinya, memujuknya
Sedangkan Allah lebih mengetahui isi hatimu
Mendatangi tukang ramal Al-Hijjaz
Di rumah Tuhan Kaabah semuanya berhimpun
100 ekor unta galang gantinya
Maka merahlah tanah bermandikan darah
Aminah binti Wahab diisytihar menjadi suri
Terbitnya cahaya dari ‘ainun’ Abdullah
Menggerakkan hati Ruqayyah binti Nawfal
Seperti yang diberitakan dari abangnya Waraqah
Ingin hati mengahwini Abdullah
Namun...rencana Allah mengatasi segala

Kekasih yang tidak kenal walidnya
Abdullah...
Dikasihi, disayangi seantero Quraish
Teguhnya hati tanpa ragu
Merelakan dipenggal lehernya
Kerana ketentuan Allah itu pasti
Belum sempat menatap wajah Kekasihmu yang kecil itu
Berdagang meninggalkan isteri yang dikasihi
Pada Tuhan Kaabah jiwamu pasrah
 Meratap Aminah merindui Habibnya
Bagai terdetik akan pergi buat selamanya
Dititipkan untuknya
Kekasih keduanya di dalam rahim
Mudahnya Kekasih itu di alam rahim
Penuh dengan kesenangan buat ummunya

Air matanya meruntunkan hati Abu Talib
Hilangnya seketika meresahkan hati
Menjaga amanah dari ayahanda tercinta
Disayangi melebihi anak sendiri
Begitu juga isteri di sisi
Sebagai pendamping Kekasih Allah
Pendamai dikala riuh bercakaran
Ya sayyid Makkah!
Namun...
Perginya tanpa menuturkan kalimah
“Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah”
Meruntun hati Rasul disisi
“Sesungguhnya hidayah itu milik Allah”

Panahan matanya sebening petang
Tepat seperti panahan busur  Saidina Hamzah
Abu Umarah bapa saudaranya
Singa Quraish
Penyelamat, utusan dan pejuang yang setia
Syahid di medan
Berpisahnya jasad dari ruh
Dirobek hatinya oleh manusia yang berdendam dengan syiar Kekasihmu
Namun akhirnya...
Hidayah Allah mengatasi segala

Siapalah aku disisimu Ya Habib
Seorang gadis yang jauh dari hidayahmu
Yang bergelumang dengan dosa yang ku sendiri tidak sedari
Indahnya andai Kau ada di sisi
Law Kaana Bainana.....Ya Habibi
‘Ainun’ ini mengalir mutiara jernih mendendangkan namamu
Bibir ini... tiada kata dapat ku lafazkan
‘Uzunun’ ini tidak petah tanpa mendengar alunan memujimu

Wahai Kekasih Allah Azzawajalla
Wahai Pemimpin ummat
Wahai kepercayaan Allah

Salam untukmu wahai pilihan allah
Salam untukmu wahai pemberi syafaat
Salam untukmu wahai wahai pemberi peringatan
Aku bersaksi  tiada tuhan melainkan Allah
Tiada sekutu baginya
Engkau penyampai risalah dan amanat
Mengharapkan kebaikan bagi umat
Memerangi musuhmu
Menunjukkan umatmu dan menyembah Tuhanmu sampai dijemput
Semoga allah memberikan selawat kepadamu dan kepada anggota keluargamu yang suci dan bersih dan semoga memberi kemuliaan dan kebesaran

1 ulasan:

  1. How to Make Money in Bet365 Casinos
    Bet365 casinos offer great bonuses. The number of bonuses offered is a หารายได้เสริม big focus of the company, 카지노사이트 which will keep you  Rating: 9/10 · ‎Review 샌즈카지노 by Mike Mason

    BalasPadam