"Cinta itu kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal.
Qios mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dogengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu dan cinta, Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai cinta kepada isterinya, kisah Juliet membuktikannya."
-Anymous-
(Sumber : Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah &
Syaidatun Nazirah, 2010, Psikologi Cinta )
Jika dilihat dari sumber di atas menunjukkan bahawa cinta sememangnya di anggap suci bukan sahaja dalam agama Islam sahaja. Bagaimanapun, Islam telah menetapkan beberapa perkara berkaitan dengan cinta ini. Penekanan yang ingin diberikan bukan kepada cinta terhadap manusia sahaja. Perlu kita sedar, tanpa cinta kita tidak akan dilahirkan di dunia ini. Kita tidak akan mampu untuk mengharungi hidup seandainya tiada cinta yang tersemat di dalam sanubari kita.
Cinta sememangnya adalah fitrah yang disematkan di dalam hati manusia sebelum dilahirkan lagi. Kita mendapat kejayaan adalah berkat ketekunan kita terhadap sesuatu yang kita cintakan seperti cinta terhadap ilmu. Kita mendapat cinta dari ibu bapa kita (kasih sayang) dan rakan-rakan sekeliling kita. Sekiranya kita mempunyai rakan baru dan serasi dengannya. Itulah cinta yang lahir secara tanpa kita sedari tetapi dalam hal ini mustahil untuk kita menyatakan bahawa "Safiya menyintai Siti" sedangkan keduanya adalah wanita atau nanti kita akan dianggap lesbian barangkali.
Kini, manusia lebih terdorong untuk mengganggap cinta sebagai perhubungan lelaki dengan wanita dalam erti kata "couple". Sejauhmanakah kebenarannya???Fikirkanlah...
Ku paparkan bingkisan ini sebagai peringatan untukku dan untuk kalian...
Andai hati sudah terpaut pada dahan cinta manusia
Sudah menjadi tanggungjawabmu Ar-Rijal
Menunaikan tanggungjawabmu dengan penuh sopan
Usah direntap kesucian An-Nisa'...
Usah diconteng arang dimukamu sendiri...
Jangan kau biarkan catatan buruk menghiasi diari hidupmu...
Suntinglah ia dengan penuh kehormatan
Agar dirimu beroleh berkah yang Rabbmu janjikan...
Amin...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan