Insan...
Yang sentiasa lupa dan leka
Inginkan semuanya sempurna
Tidak cukup dengan apa yang dikurnia oleh Yang Maha Esa
Sahabat...
Ini pesananku...
Untuk diriku dan kalian jua
Hargailah setiap yang kita ada
Janganlah ditukar ganti dengan yang lain
Usah ditiru peribadi insan yang lain
Usah ditiru sikap insan yang lain
Jadilah dirimu sendiri
Berubahlah demi agamamu...
Kerana ingatlah Tuhan sentiasa disisi
Duhai lelaki...
Andai kau beroleh wanita yang sempurna
Menutup auratnya...
Bersyukurlah...
Usah dikau menyuruhnya memakai segala
Mengikut seleramu
Sekadar penyedap matamu...
Tapi...
Bagaimanakah dengan dosa terhadap Tuhanmu???
Mampukah kau menanggung dosanya akibat hasutanmu???
Tidak!!!!!!!!!!!
Aduhai insan-insan yang sangat ku cintai...
Fahamilah...
Kita punya peribadi yang tinggi
Yang tiada tolok bandingnya
Yang diciptakan oleh Tuhan
Bersyukurlah...
Perbaikilah akhlak...
Dekatkanlah diri denganNya
Peliharalah Izzahmu...
Mohonlah ampun...
Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan