Isnin, 8 November 2010



Hidayah Milik Allah
            Nabi Muhammad SAW terkenal sebagai seorang yang luar biasa dalam menyambung kekeluargaan atau silaturrahim. Malah, sebagai orang yang paling sempurna dalam hal menghubungkan silaturrahim sehingga kaum Quraisy memujinya dan member gelaran ‘Ash-Shodiq-al-amin’ sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.
            Sejak kecil baginda tidak mempunyai ibu bapa. Sejak itu, baginda sudah melaksanakan tanggungjawab dan kewajiban sebagai seorang anak iaitu menziarahi ke makan ibunya. Ketika baginda baru sahaja berusia 7 tahun. Abu Hurairah berkata “Pernah Rasulullah berziarah ke makam ibunya, lalu baginda menangis dan membuat orang di sekelilingnya juga menangis kemudian baginda bersabda, “Aku meminta izin kepada Tuhan untuk meminta ampun  atas ibuku. Tetapi tidak diberikan izin. Kemudian aku meminta izin untuk menziarahi makamnya, lalu aku diizinkan, maka ziarahilah kuburan kerana itu akan mengingatkan kamu kepada kematian.”(H.R Muslim)
            Baginda sangat mencintai kaum kerabatnya dan baginda berusaha gigih untuk mengajak mereka memeluk Islam dan memberikan jalan yang memberikan hidayah seterusnya dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka. Walaupun diseksa dan dicaci, baginda rela menanggung risikonya. Abu Hurairah menceritakan ketika turun ayat “Dan peringatankanlah kaum kerabatmu yang terdekat (Surah asy-Syura ayat 24).” Rasulullah segera memanggil dan mengumpulkan kaum kerabatnya. Di tengah-tengah mereka baginda berkata, “Wahai (bani) keturunan Abdi Syams, wahai Bani Ka’ba Lu’ay, selamatkanlah dirimu daripada api neraka. Wahai Bani Abdi Manaf, selamatkanlah diri kamu daripada api neraka! Wahai Bani Hasyim, selamatkanlah diri kamu dari api neraka! Wahai Bani Abdul Mutallib, jagalah diri kalian daripada seksa api neraka! Wahai, Fatimah anakku selamatkanlah dirimu daripada api neraka! Kerana aku tidak boleh membela kalian kelak di hadapan Allah, walau kamu kaum kerabatku kecuali aku akan menitiskan air-air kekeluargaan ini semampuku untuk menjaga hubungan dengan kamu di dunia.”(H.R Muslim)
            Ketika Abu Talib di ambang kematian, Rasulullah mengulangi ajakannya, “Wahai pak cik, katakanlah tiada Tuhan selain Allah kerama kalimat ini sebagai pembelaanku terhadap pak cik kelak di hadapan Allah.” Bagaimanapun, Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah terus menyela, “Abu Talib, apakah engkau akan meninggalkan agama nenek moyangmu?” Sehingga berulang-ulang kali sehingga Abu Talib terpengaruh dengan kata-kata mereka sehingga dia meninggal dengan berpegang kepada agama nenek moyang mereka.
            Riwayat Bukhari, Ahmad dan Muslim, Rasulullah masih meminta ampun kepada Allah atas pak ciknya. Baginda tidak jemu beristighfar, “Aku akan terus beristighfar untuk pak cik selama aku tidak dilarang oleh Allah .” Maka turunlah ayat, “Tidak boleh seorang nabi dan orang-orang beriman beristighfar untuk orang-orang musyrik walaupun mereka adalah kerabat dekat setelah diketahui bahawa mereka adalah penghuni neraka jahanam.” (Surah at-Taubah ayat 113) Kemudian turun Surah al-Qashasha ayat 56, “Sesungguhnya engkau Muhammad tidak boleh memberikan hidayah kepada orang yang engkau sukai tetapi Allah akan memberikan hidayah kepada orang yang dikehendakiNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan